15
May
09

Berbuat baik terhadap ibu saudara

Dari Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata;

Ya Rasulullah s.a.w., sesungguhnya aku telah melakukan dosa yang sangat besar, adakah taubatku diterima? Nabi s.a.w. bertanya: Adakah ibumu masih hidup lagi? Dia menjawab; Tidak. Baginda s.a.w. bertanya lagi: Adakah makcikmu masih hidup? Beliau berkata; Ya. Nabi s.a.w. bersabda: Berbuat baiklah kepadanya (melaluinya Allah S.W.T. akan menerima taubatmu).

Hadith riwayat Tirmizi

15
May
09

Ibu berhak terhadap anak lelakinya

Dari Aisyah r.ha berkata, aku berkata kepada Nabi s.a.w.;

Wahai Rasulullah s.a.w., bagi seorang wanita, siapakah orang yang paling berhak keatasnya? Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: Suaminya. Aku bertanya lagi; Seorang lelaki, siapakah yang paling berhak keatasnya? Baginda Rasulullah s.a.w. menjawab: Ibunya.

Hadith; Mustadrak Hakim

16
Mar
09

Hasad

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Janganlah kamu berhasad di antara satu sama lain, jangan menaikkan harga-harga dengan tawaran palsu untuk menipu tanpa ada niat untuk membeli ….”

Hadith riwayat Muslim Rujukan : Muntakhab Ahadith, Ikramul Muslimin, Menyakiti Orang-Orang Islam, Hadith No.305, ms.596

16
Mar
09

Good Behaviour

“Good behaviour is an outcome of our self and wealth”

Reference : Words of Elders

01
Mar
09

Friend and Physician

According to one Hadith, Allah says,

“Those who remember Me are My men, and I do not deprive then of My Mercy. When they repent, I am their friend, but when they do not repent, I am their physician. I put them to worries to condone their sins.”

Reference; Virtues of Zikr, Ch.1: Ahadith on Zikr, pg.79-80

26
Feb
09

Kelebihan Membanyakkan Rakaat Dhuha

Dari Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barangsiapa mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, tidak akan dicatat di kalangan hamba-hamba Allah yang lalai dan barangsiapa mengerjakan empat rakaat akan dicatatkan di antara hamba-hamba Allah yang ahli ibadah. Dan barangsiapa mengerjakan enam rakaat, maka keperluannya pada hari itu akan dicukupi dan barangsiapa mengerjakan lapan rakaat, maka akan dicatat di antara orang yang taat dan barangsiapa mengerjakan dua belas rakaat, Allah membangunkan sebuah istana baginya dalam syurga. Tidaklah berlalu suatu hari atau suatu malam, yang mana Allah tidak mengurniakan sedekah dan kebajikan atas hamba-hamba-Nya. Dan kebajikan paling besar dari Allah ke atas hamba-hamba-Nya adalah memberi kesempatan kepada mereka untuk berzikir.”

Hadith riwayat Tabrani, Majmaa uz Zawaaid

Rujukan; Muntakhab Ahadith, Sembahyang, Sunat dan Nafilah, No.180, ms.240.

Kesimpulan;

  1. 2 rakaat Dhuha, tidak termasuk golongan lalai
  2. 4 rakaat Dhuha, tercatat di kalangan ahli ibadah
  3. 6 rakaat Dhuha, keperluan sehari dicukupi
  4. 8 rakaat Dhuha, dicatat dalam kalangan golongan taat
  5. 12 rakaat Dhuha, dibina sebuah istana baginya dalam syurga
  6. hanya orang yang mendapat kebajikan daripada Allah akan sentiasa berzikir
26
Feb
09

Kelebihan Solat Dhuha

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Barangsiapa istiqamah mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, dosa-dosanya dihapuskan walaupun sebanyak buih di lautan.”

Hadith riwayat Ibnu Majah

Rujukan; Muntakhab Ahadith, Sembahyang, Sunat dan Nafilah, No.179, ms.240

26
Feb
09

Enjoining Good and Forbidding Evil

It has been reported by Abu Hurairah (Radihialllaho anho) that the Holy Prophet (Sallallaho alaihe wasallam) said, 

“When my Follwers will begin to adore the worldly benefit, their hearts will be deprived of the dignity and importance of Islam, and when they stop the enjoinng good and forbidding evil, they will be deprived of the blessings of the Revelation, and when they will abuse each other, they will fall from the esteem of Allah.”

Tirmzi

Reference; Virtues of Tabligh

26
Feb
09

Habib dan Tabib

Dalam sebuah hadith qudsi, Allah S.W.T. berfirman,

“Orang yang mengingatiKu adalah orangKu. Sekiranya mereka sentiasa bertaubat daripada dosa-dosa maka Aku menjadi habib (kekasih) mereka. Sebaliknya jika mereka tidak bertaubat maka Aku menjadi tabib (pengubat) untuk mereka dengan membawa kesusahan dan keperitan kepada mereka untuk mensucikan mereka daripada dosa-dosa.”

Rujukan; Fadhilat Zikir, Bab 1, ms.79